Ahad, 4 Ogos 2013

Anak Jutawan Pengasas produk kecantikan ditemui mati

IPOH – Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.
- UTUSAN

Rabu, 24 Julai 2013

Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Sebulan Gaji


SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
“Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan,” kata beliau.
Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya.
“Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,” katanya lagi.

Sabtu, 20 Julai 2013

Reaksi Norman & Memey, Zul Ariffin Tentang Pernikahan Abby Abadi


Pelakon Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya, yang dikenali sebagai Farhan.
“Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya,” ujar Memey.
Ditanyakan adakah mereka dimaklumkan akan perkahwinan tersebut, jawab Memey
“Dia hanya beritahu ‘hint’ dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini.”
Sementara itu bekas kekasih Abby, Zul Ariffin terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan wanita itu.
“Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga,” ujar Zul ringkas.
Sebelum ini, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011.
Sumber : Media Hiburan

Ngeri!!! Ada Tetamu Tak Diundang Semasa Berkelah ..


Semasa orang awam sedang berkelah di tepi tasik tiba2 terdapat sesuatu tetamu tanpa diundang...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''
'
'
''


'
''
'
'

'
'










Kisah Kelakar Seorang Nenek Otak Blue

Jom Baca Kisah Yang Kelakar Seorang Dengan Cucunya.....

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..


"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."

Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kisah-nenek-otak-blue.html#ixzz2ZZRM6FAr

Abby Abadi Akui Belum Jumpa Keluarga Suami

PETALING JAYA –  Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya.
Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
“Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.
“Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.
Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
“Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat di sini.
Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.
Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.
Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan dia bakal berjumpa dengan keluarga suaminya itu selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.
“Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti.
“Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi,” ujarnya.
Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.
Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.
Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5. – Mstar.com.my

Jumaat, 19 Julai 2013

Hidup Shila Amzah Lebih Bebas Di Shanghai China

Saat ini penyanyi kesayangan ramai Shila Amzah telah pun selamat berada semula di Shanghai. Beberapa sebelum kepulangannya ke sana, kami sempat bertemu gadis ini di majlis berbuka puasa anjuran TV9, pada Selasa lalu.
Shila memberitahu walaupun dalam keadaan berpuasa, sekembalinya ke tanah besar China itu, jadual yang padat sedia menanti anak dara kepada penyanyi ND Lala ini.
“Balik saja nanti, Sha akan terus sibuk ikuti kelas mandarin, non stop. Sha ada lebih kurang sebulan saja lagi nak kena habiskan kelas dan pastikan Shah betul-betul fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Harap-harap semua berjalan lancar.
“Sebab Sha akan terlibat dengan beberapa program TV di sana. Selain tu Sha kena ikuti latihan untuk kuruskan badan dan beberapa lagi aktiviti seni”, kata gadis berusia 23 tahun ini yang selesa membahasakan dirinya sebagai Sha.
Berkongsi serba sedikit kehidupan di sana, menurut Shila dia gembira dengan perkembangan kariernya sekarang. Biarpun jauh dari keluarga tercinta namun dia semakin selesa menjalani rutin harian di negara yang menobatkannya sebagai Juara Asian Wave 2012 itu.
“Alhamdulillah, Sha gembira. Bila di sana Sha banyak fokus pada kerja. Sha akui Sha masih berusaha gigih, masih struggle untuk menempatkan diri di sana. Di sana sudah ramai artis mereka yang jauh lebih popular. Berbeza dengan di sini, kalau keluar tu ada jer peminat yang kenal dan nak bergambar bersama. Dan apa yang kita buat semua orang akan ambil tahu.
“Di sana Sha ni masih baby lagi. Boleh kata Sha bebas sikit lah kalau nak bergerak ke mana-mana sebab kalau terserempak dengan peminat pun, mereka akan amati Sha dulu betul-betul. Dah lama sikit baru mereka datang dekati Sha.
“Lagipun kat sana kalau keluar, Sha biasa pakai turban. Jadi mungkin mereka tak kenal sangat Sha. Kira Sha macam ada dua dunia lah. Tu yang seronok tu. Sebab ada masa Sha sebagai artis dan dalam masa sama Sha boleh jalani hidup normal. Di sana pun selamat. Kat mana-mana ada CCTV. Tak lah bimbang sangat kalau nak keluar berjalan-jalan”, katanya yang berkawan rapat dengan salah seorang peserta Asian Wave, Chang Shi Lei.
Akan menyambut hari Raya Aidifitri di tanah air, Shila akan pulang semula ke sini dua hari sebelum ketibaan Syawal. Kemudian dia akan kembali semula ke Shanghai, pada raya ketiga. – Malaysian Digest