Ahad, 4 Ogos 2013

Anak Jutawan Pengasas produk kecantikan ditemui mati

IPOH – Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.
- UTUSAN

Rabu, 24 Julai 2013

Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Sebulan Gaji


SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
“Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan,” kata beliau.
Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya.
“Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,” katanya lagi.

Sabtu, 20 Julai 2013

Reaksi Norman & Memey, Zul Ariffin Tentang Pernikahan Abby Abadi


Pelakon Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya, yang dikenali sebagai Farhan.
“Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya,” ujar Memey.
Ditanyakan adakah mereka dimaklumkan akan perkahwinan tersebut, jawab Memey
“Dia hanya beritahu ‘hint’ dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini.”
Sementara itu bekas kekasih Abby, Zul Ariffin terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan wanita itu.
“Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga,” ujar Zul ringkas.
Sebelum ini, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011.
Sumber : Media Hiburan

Ngeri!!! Ada Tetamu Tak Diundang Semasa Berkelah ..


Semasa orang awam sedang berkelah di tepi tasik tiba2 terdapat sesuatu tetamu tanpa diundang...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''
'
'
''


'
''
'
'

'
'










Kisah Kelakar Seorang Nenek Otak Blue

Jom Baca Kisah Yang Kelakar Seorang Dengan Cucunya.....

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..


"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."

Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kisah-nenek-otak-blue.html#ixzz2ZZRM6FAr

Abby Abadi Akui Belum Jumpa Keluarga Suami

PETALING JAYA –  Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya.
Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
“Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.
“Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.
Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
“Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat di sini.
Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.
Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.
Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan dia bakal berjumpa dengan keluarga suaminya itu selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.
“Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti.
“Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi,” ujarnya.
Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.
Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.
Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5. – Mstar.com.my

Jumaat, 19 Julai 2013

Hidup Shila Amzah Lebih Bebas Di Shanghai China

Saat ini penyanyi kesayangan ramai Shila Amzah telah pun selamat berada semula di Shanghai. Beberapa sebelum kepulangannya ke sana, kami sempat bertemu gadis ini di majlis berbuka puasa anjuran TV9, pada Selasa lalu.
Shila memberitahu walaupun dalam keadaan berpuasa, sekembalinya ke tanah besar China itu, jadual yang padat sedia menanti anak dara kepada penyanyi ND Lala ini.
“Balik saja nanti, Sha akan terus sibuk ikuti kelas mandarin, non stop. Sha ada lebih kurang sebulan saja lagi nak kena habiskan kelas dan pastikan Shah betul-betul fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Harap-harap semua berjalan lancar.
“Sebab Sha akan terlibat dengan beberapa program TV di sana. Selain tu Sha kena ikuti latihan untuk kuruskan badan dan beberapa lagi aktiviti seni”, kata gadis berusia 23 tahun ini yang selesa membahasakan dirinya sebagai Sha.
Berkongsi serba sedikit kehidupan di sana, menurut Shila dia gembira dengan perkembangan kariernya sekarang. Biarpun jauh dari keluarga tercinta namun dia semakin selesa menjalani rutin harian di negara yang menobatkannya sebagai Juara Asian Wave 2012 itu.
“Alhamdulillah, Sha gembira. Bila di sana Sha banyak fokus pada kerja. Sha akui Sha masih berusaha gigih, masih struggle untuk menempatkan diri di sana. Di sana sudah ramai artis mereka yang jauh lebih popular. Berbeza dengan di sini, kalau keluar tu ada jer peminat yang kenal dan nak bergambar bersama. Dan apa yang kita buat semua orang akan ambil tahu.
“Di sana Sha ni masih baby lagi. Boleh kata Sha bebas sikit lah kalau nak bergerak ke mana-mana sebab kalau terserempak dengan peminat pun, mereka akan amati Sha dulu betul-betul. Dah lama sikit baru mereka datang dekati Sha.
“Lagipun kat sana kalau keluar, Sha biasa pakai turban. Jadi mungkin mereka tak kenal sangat Sha. Kira Sha macam ada dua dunia lah. Tu yang seronok tu. Sebab ada masa Sha sebagai artis dan dalam masa sama Sha boleh jalani hidup normal. Di sana pun selamat. Kat mana-mana ada CCTV. Tak lah bimbang sangat kalau nak keluar berjalan-jalan”, katanya yang berkawan rapat dengan salah seorang peserta Asian Wave, Chang Shi Lei.
Akan menyambut hari Raya Aidifitri di tanah air, Shila akan pulang semula ke sini dua hari sebelum ketibaan Syawal. Kemudian dia akan kembali semula ke Shanghai, pada raya ketiga. – Malaysian Digest

GAMBAR GADIS MELAYU YANG MINTA PENAMPAR




GAMBAR GADIS MELAYU YANG TERLAMPAU KURANG SOPAN | Dah macam jadi trend pulak hubungan sejenis ni kan. Yang peliknya, apa yang nak dibanggakan sangat dengan hubungan sejenis? Bangga pulak tu muatnaik dalam laman sosial.
Kemunculan gadis berperwatakan lelaki atau lebih dikenali pulak dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Apa masalah dengan diorang ni erk? Macam dah takde keje dah.

Misteri Payudara Menjadi Sarang Larva Ulat Akhirnya Terungkai

Misteri Payudara Menjadi Sarang Larva Ulat Akhirnya Terungkai | Ketika itu Susan McKinley baru saja pulang dari ekspedisi di Amerika Selatan, dia merasakan ada rasa aneh di payudara sebelah kirinya, dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku keatas payudaranya itu. Dalam fikirannya berharap rasa aneh itu akan hilang dengan sendirinya.
Namun setelah beberapa hari, rasa aneh di payudaranya bukannya hilang malahan berubah menjadi sakit. Dia pun membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor. Doktor memberinya antibiotik dan krim khusus tanpa dapat memberi penjelasan kelainan apa yang sedang ditanggungnya. Setelah sekian lama rasa sakitnya tidak juga hilang dan payudaranya terasa semakin panas dan mulai berdarah.
Bagaimanapun rasa sakitnya makin bertambah, ia mulai mencari doktor yang terbaik. Dr.Lynch doktor terbaik itu pun tidak dapat mengesan infeksi apa yang terjadi. Dia meminta Susan untuk mencari temannya seorang ahli dalam bidang dermatologi. Malangnya ahli dermatologi itu sedang makan angin ke luar negara. Susan menunggu selama 2 minggu hingga akhirnya dapat bertemu dermatologist tersebut. Dan kejadian yang membuat bulu roma meremang pun terjadi, ketika Susan diminta membuka bra payudaranya.

Susan terkejut bukan kepalang ! setelah ia membuka bra nya, kelihatan larva ulat tumbuh dan bersarang dalam pori-pori  luka payudaranya. Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam pori-pori dan muncul lagi di lubang sebelahnya. Larva ulat ini telah memakan lemak, lapisan kulit dan susu payudaranya ! hingga membuatkan banyak lubang-lubang kecil pada payudaranya ! perghhh…

Berita ini pun terus berkembang menjadi banyak versi yang menakutkan. Dan mungkin anda juga telah terbaca dan melihat nya di akhbar, di laman web ,di video youtube dan juga di Blog-blog yang memang gemar berita sebegini.

Namun Tahukah Anda? Ternyata khabar yang sudah tersebar luas di dunia maya sejak tahun 2003 ini, hanyalah berita dan gambar bohong belaka. Kisah di atas hanyalah palsu dan gambar yang sebenarnya adalah hasil pengolahan kreatif payudara dan biji bunga teratai. Sedangkan nama Susan McKinley sengaja ditambahkan untuk memperkuat pembohongan ini. Demikianlah pendedahan dan keterangan sebenar dari urbanlegends.about.com.


Awas ! Jangan mudah percaya pada berita di dunia maya sebelum cross cHeck ke sumber yang lain.. Namun positifnya berita ini boleh membuatkan para wanita lebih berhati-hati lagi menjaga kebersihan dan kesehatan payudaranya.

Tak malu ke orang lain tahu kau gila s*ks?



Malam Jumaat, malam yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sudah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, jangan pula ada berzina atau melakukan onani dengan alasan malam Jumaat. Tapi aku percaya kalau orang lelaki jangan kata malam Jumaat, hari2 juga mau malam Jumaat. Sebab orang lelaki ni dah memang lumrah nafsu seksualnya lebih kuat berbanding wanita. So aku tak heran kalau ramai lelaki yang gila seks. Tapi amat malang kalau anda itu seorang Melayu Islam, tak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin dan ada anak2 dengan secara terbukanya menunjukkan yang anda ni memang gila seks di Facebook.


Aku ada terbaca pasal "Facebook group mencari kepuasan seks yang memalukan negara" yang menyentuh mengenai group facebook yang menghimpunkan lelaki dan wanita gila seks satu Malaysia untuk berkongsi pasangan dan memuaskan nafsu seks mereka dan lebih menyedihkan, ramai orang melayu kat dalam group tu.



Ramai yang tanpa segan silu memberi komen gila seks dengan guna nama dan gambar sebenar yang melayu habis di profile. Aku cuba nak cari group tu tapi nampaknya sudah tidak wujud dan telah dipadam. Namun aku ada terjumpa yang group lain yang lebih kurang sangap seks juga, dan aku tengok ada ahli group tu orang2 perempuan melayu (malah ada yang bertudung) yang tergedik2 nak berkenalan, cerita masalah peribadi malah ada yang offer tubuh badan, lepas tu berduyun2 la jantan2 hidung belang yang tak tahu malu cuba nak tekel suruh add ada siap mintak bagi nombor telefon lagi. Berikut adalah di antara contoh ahli perempuan group tersebut.


Bila aku stalk profile awek tu, aku tengok profile dia normal macam tipikal awek2 melayu lain, ada gambar tak pakai tudung, ada gambar pakai tudung, ada gambar siap pakai purdah lagi.



Tapi bila tiba dekat group yang dia join, memang tak boleh blah.



Ni pula contoh mesej seorang lelaki sangap kat group2 nih.



Bila aku stalk profile dia, status, fanpage, group, penuh dengan benda2 lucah, tapi tulis belajar kat Universiti Teknologi Malaysia. Seriusly dia tak malu ke dengan kawan2 atau sedara mara dia kalau mereka terjumpa profile dia nih?



Malah aku ada terjumpa juga seorang lelaki yang tulis komen di group tu mencari wanita2 gersang, bila aku bukak Facebook profile dia, ada gambar dia bersama isteri dia, anak2 dia, kawan2 pejabat dia, tapi dekat bahagian group tu terpampang dia join group2 durjana tu. At least kalau dia tak takut pada Tuhan pun, takkan la dia takde rasa malu kepada isteri, anak2, adik beradik, kawan2 atau kenalan2 lain?

Yang ni contoh sebuah fanpage pelacuran yang mengiklankan pelacur2nya secara terang2an, dan yang komen2 ramai orang melayu yang ada dengan tanpa segan silu guna nama dan gambar profile yang sebenar, malah siap ada yang bagi nombor telefon nak melanggan ayam2 yang diiklankan.



Seriuosly, apa nak jadi dengan segelintir orang2 melayu ni yang dah langsung hilang rasa malu dalam diri??? Tak malu ke bila ko pergi ke pejabat, tiba2 satu pejabat tahu ko join group lucah dan langgan pelacur kat Facebook?

Suami Baru Abby Abadi Adalah Pembantu Butiknya


Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?
Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.
Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.
Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat. 
Menurut ilmuNYA, 
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.
Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.
Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut:
Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.
Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.
Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.
Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!
Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.

TAHNIAH…Abby Abadi Sudah Bernikah!



SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.
“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.
“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
“Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.
Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.
“Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya. – Sinar Harian Online

Khamis, 18 Julai 2013

Black Kahwin September, Bakal Adakan Sidang Media Nanti


Penyanyi lagu berhantu Teman Pengganti, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, mendedahkan akan berkahwin dengan tunangnya, Cira Khairi pada bulan September nanti.
Namun, Black masih tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai majlisnya itu berikutan pihak pengurusannya, Monkey Bone akan mengadakan satu sidang media khas untuk mengumumkan tentang perkara tersebut.
“Saya tak boleh beritahu lebih lanjut. Tunggu PC nanti yang akan diadakan oleh Media Prima,” kata Black memetik laporan Malaysian Digest.
Black dan Cira telah bertunang tanpa pengetahuan dari mana-mana pihak media pada Januari lalu sehingga akhirnya pertunangannya itu terbongkar sebulan selepas itu namun pada ketika itu Black masih belum bersedia mendedahkan identiti tunangnya kepada umum.
Apa-apa pun semoga segala perancangan yang telah ditetapkan bakal berjalan lancar dan diharapkan hubungan keduanya akan kekal sehingga ke akhir hayat.
Oleh: AUDREY LEE

Bahaya!!! Kepak Ayam Pada Wanita

KISAH BENAR

Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..

Sila sebarkan ~

Fakta Grafik kejadian murid sekolah,11 tahun maut tersepit pintu lift (4 Gambar)


17 Julai 2013 di Blok 8,PPR Desa Tun Razak Sg. Besi, seorang murid sekolah berumur 11 tahun meninggal dunia kerana tersepit di pintu lift di flat kediamannya. Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang tiba ditempat kejadian pada jam 13.16 untuk respon panggilan kecemasan Lift tersangkut . Apabila bomba membuka pintu lift di tingkat 3, berjaya menyelamatkan seramai 17 orang di dalam lift . Selepas itu ,menerima maklumat dari mangsa-mangsa yang terperangkap menyatakan terdapat seorang budak tersepit di pintu lift antara tingkat 2 dan 3. 

Mangsa yang dikenali Khairul Amir Azri bin Lani dikatakan cuba memanjat keluar daripada lift tersebut dengan didahului kepala ,namun badan mangsa masih lagi berada di dalam lift.

Malangnya dengan secara tiba-tiba lift tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa terkepit antara lantai tingkat 3 dan lift. Mangsa didapati cedera parah di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian.





Kisah Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka


Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur.
Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Dato Siti Nurhaliza Layan Murtabak Ramadan Pertama


Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka pelbagai juadah akan mula di jual di pasar Ramadhan. Tak kira di kawasan bandar mahupun di kampung, daripada juadah lazim yang boleh dibeli pada hari biasa kepada juadah pelik lagi menyelerakan yang datang dari ceruk peringkat negeri atau daerah.

Pastinya ramai yang menggemarkan keenakan Murtabak sebagai juadah wajib untuk dihidangkan ketika waktu berbuka puasa kerana keenakannya serta mampu melapik perut yang sedang lapar.
Malah murtabak telah menjadi juadah pilihan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza ketika kehadiran mamadan pertama yang lalu. Entah mengapa, Murai Batu difahamkan Dato’ Siti telah memberhentikan kenderaannya di pasar Ramadan, Bangsar semata-mata untuk membeli beberapa keping murtabak untuk dibawa pulang sebagai juadah berbuka puasa di hari pertama Ramadan.
Lihatlah saja gelagat Dato’ Siti membeli murtabak menerusi foto Instagram (rozisangdewi) yang dirakamkan kakak iparnya, Rozi yang juga merangkap pengurus Dato’ Siti, baru-baru ini.
Sampai terjegat nampaknya Dato Siti dibuatnya semata-mata untuk memilih murtabak kegemarannya. Padahal setahu Murai Batu hanya ada dua jenis Murtabak sahaja iaitu Murtabak Daging dan Murtabak Ayam.
Nak tergelak pula bila melihat gelagat Dato’ Siti itu dan tak dapat bayangkan berapa keping agaknya murtabak yang telah dibeli Dato’ Siti. Pasti penjual Murtabak berkenaan juga agak terkejut apabila menerima kehadiran Dato’ Siti Nuhaliza di gerainya. Nasib baik Dato’ Siti tak diserbu peminat sehingga terpenyek ,urtabak yang dibelinya.
Sikap merendah diri Dato’ Siti harus dipuji kerana sanggup ‘mencemar duli’ pergi ke bazar Ramadhan untuk mendapatkan Murtabak kegemarannya. Cayalah.

Izreen Azminda Lahirkan Bayi Lelaki Dengan Selamat


Tahniah diucapkan kepada pelakon, Izreen Azminda dan suami, Riza yang selamat menimang cahaya mata pertama mereka kira-kira jam 1.30 pagi pada 13 Julai 2013.

Suaminya yang juga merupakan seorang jurukamera yang setia menemani telah pun berkongsi berita gembira tersebut melalui akaun Instagram milik isterinya.

“Alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.3 kg pada pukul 1.30am td. tq”.


Pasangan ini telah diijabkabul pada 30 Ogos tahun lalu

Rabu, 17 Julai 2013

Raja Azmi Bertunang Dengan Eddie CRK


Inilah wajah dan penampilan produser filem penuh sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman sebelum majlis pertunangannya berlangsung dengan pemain bass kumpulan CRK Eddie Ghazali atau Eddie di kediamannya di Ukay Perdana pada petang tadi (15 Julai 2013).

Detik-detik ini dirakam sewaktu pihak media mengerumuni Raja Azmi yang mesra disapa sebagai Kak Mie di kamar tidurnya.

Kak Mie kelihatan anggun mengenakan busana berona ungu tua yang dipadankan dengan kain labuci penuh berona ungu muda.

Sumber: MURAI HULU KLANG, 15 JULAI 2013 (Raja Azmi Bertunang Dengan Eddie CRK).

Ashraf Muslim Sudah Bernikah dengan Sakinah Di Thailand?


Hari ini (17 Julai 2013) semua akhbar melaporkan tentang pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim yang pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan poligami.

Akhirnya Ashraf buat juga pengakuan selepas berdiam diri kan…?
Terdapat berita yang mengatakan Ashraf dan kekasihnya, bekas wartawan stesen televisyen swasta itu sudah bernikah di Thailand pada minggu lalu.
Menurut sumber itu lagi, Ashraf juga turut membatalkan permohonan poligaminya itu kerana sudah bernikah.
Tetapi, tak mungkin Ashraf membatalkan permohonan tersebut kerana walaupun sudah bernikah di Thailand, dia tetap perlu ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan perkahwinannya secara sah di negara ini!
Kerana prosedur perlu dilakukan supaya tidak timbul masalah di kemudian hari nanti…Ashraf juga masih masih perlu meminta kebenaran untuk beristeri dua daripada isteri pertamanya Diyana…
Apa-apa pun, kalau betul Ashraf dan kekasihnya yang bernama Sakinah itu sudah bernikah marilah kita ucapkan tahniah! semoga selepas ini Ashraf dapat tampil dengan beraninya untuk mengesahkan berita ini ya! Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru!

Apakah Rahsia Lisa Surihani Kekal Segar?




Kecantikan, kebijaksanaan, keyakinan, bakat semulajadi dan keperihatin terhadap penjagaan kesihatan menjadi kekuatan buat pelakon cantik manis, Lisa Surihani sehingga terpilih sebagai duta bagi jenama minuman Marigold Peel Fresh.
Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta jenama berkenaan baru-baru ini, bagi menjayakan kempen jenama itu sebagai minuman jus minuman buah-buahan yang bukan saja lazat malahan juga kaya dengan nutrisi untuk seisi keluarga.
Sesuai dengan tema kempen, Kesihatan Keluarga Saya adalah Kegembiraan Buat Saya, Lisa Suruihani dilihat mampu menarik perhatian orang ramai terutama seisi keluarga untuk mengamalkan pengambilan minuman jus buah-buahan serba menyihatkan.
Timbalan Pengarah Urusan, Marigold Peel Fresh, Michael Ong berkata Lisa Surihani merupakan pilihan terbaik kerana memiliki kriteria yang diinginkan selain sebagai selebriti popular tanah air.



“Kami telah memilih duta yang tepat untuk menunjukan nilai dan personaliti sebenar Marigold Peel Fresh. Semangat yang ada padanya sangat sesuai disamping sering memberi keutamaan kepada kesihatan keluarganya,” kata Michael Ong dalam satu kenyataan.
Sementara itu Lisa Surihani berkata, Lisa sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarganya termasuk dalam soal kesihatan.
“Saya berasa sangat gembira kerana menjadi duta untuk minuman kegemaran Lisa sejak kecil. Ianya bagaikan mimpi jadi nyata.
“Saya sememangnya bertuah kerana dapat menjadi duta bagi jenama yang dipercayai keluarga dan begitu juga dengan diri saya.
“Marigold Peel Fresh telah menjadi sebahagian kehidupan saya dan sehingga hari ini jenama minuman ini tidak pernah gagal menemani setiap hidangan saya yang bukan sahaja lazat dan tinggi nutrisi,” kata Lisa Surihani.
Minuman jus buah-buahan Marigold Peel Fresh memiliki sekurang-kurangnya 35% dan lebih jus buah-buahan berbanding minuman buah-buahan yang lain.
Jenama ini menyediakan 15 pilihan minuman jus buah-buahan last lagi sihat tanpa gula tambahan bagi sesuai diminum oleh masyarakat di negara ini.

Sumber: MURAI KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013 (Apakah Rahsia Lisa Surihani Kekal Segar?).

SEDIH : GAMBAR ARTIS AKADEMI FANTASIA PARAH DITIMPA KEMALANGAN

GAMBAR AIDA AF PARAH AKIBAT KEMALANGAN | Serius, Selebriti yang meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat di beritakan telah mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah.

Difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.
Namun, apa yang mengejutkan ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.