Rabu, 17 Julai 2013

Ashraf Muslim Sudah Bernikah dengan Sakinah Di Thailand?


Hari ini (17 Julai 2013) semua akhbar melaporkan tentang pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim yang pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan poligami.

Akhirnya Ashraf buat juga pengakuan selepas berdiam diri kan…?
Terdapat berita yang mengatakan Ashraf dan kekasihnya, bekas wartawan stesen televisyen swasta itu sudah bernikah di Thailand pada minggu lalu.
Menurut sumber itu lagi, Ashraf juga turut membatalkan permohonan poligaminya itu kerana sudah bernikah.
Tetapi, tak mungkin Ashraf membatalkan permohonan tersebut kerana walaupun sudah bernikah di Thailand, dia tetap perlu ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan perkahwinannya secara sah di negara ini!
Kerana prosedur perlu dilakukan supaya tidak timbul masalah di kemudian hari nanti…Ashraf juga masih masih perlu meminta kebenaran untuk beristeri dua daripada isteri pertamanya Diyana…
Apa-apa pun, kalau betul Ashraf dan kekasihnya yang bernama Sakinah itu sudah bernikah marilah kita ucapkan tahniah! semoga selepas ini Ashraf dapat tampil dengan beraninya untuk mengesahkan berita ini ya! Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan