Khamis, 18 Julai 2013

Black Kahwin September, Bakal Adakan Sidang Media Nanti


Penyanyi lagu berhantu Teman Pengganti, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, mendedahkan akan berkahwin dengan tunangnya, Cira Khairi pada bulan September nanti.
Namun, Black masih tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai majlisnya itu berikutan pihak pengurusannya, Monkey Bone akan mengadakan satu sidang media khas untuk mengumumkan tentang perkara tersebut.
“Saya tak boleh beritahu lebih lanjut. Tunggu PC nanti yang akan diadakan oleh Media Prima,” kata Black memetik laporan Malaysian Digest.
Black dan Cira telah bertunang tanpa pengetahuan dari mana-mana pihak media pada Januari lalu sehingga akhirnya pertunangannya itu terbongkar sebulan selepas itu namun pada ketika itu Black masih belum bersedia mendedahkan identiti tunangnya kepada umum.
Apa-apa pun semoga segala perancangan yang telah ditetapkan bakal berjalan lancar dan diharapkan hubungan keduanya akan kekal sehingga ke akhir hayat.
Oleh: AUDREY LEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan